Buscar

Page

#16: Serik

Oh, entry ini paling simple mudah dan ringkas.

Aku dah serik. Sekian =)

#seriously, serik +sedih + won't trust anyone, anymore

Amy's Story (Part II)

Masa masih mengikut lumrah. Bergerak. Tapi aku masih berkira. Berkira-kira dengan kisah semalam, yang rupanya sudah enam tahun berlalu. Masih ada dibayangan mata tentang dia, anak makcik unknown. Tapi aku tahu namanya. Arakian saban hari aku harapkan raut wajah nya lupus dari ingatan, tapi nak buat macam mana. Masih ada. Tak kira sejauh mana aku berlari, melompat, tidur,makan, baring-semua ada! Belum rasa untuk bahagia. Semoga akan datangnya rasa bahagia. bersama dia (?)

Julai 2000, satu keadaan bantu aku keluar dari kebuntuan angau yang tiada hujung pangkalnya. Zack. Aku tak bercinta, tapi kami berkawan-rapat. Ironinya, bila perempuan dan lelaki menjalinkan ikatan persahabatan, percayalah, rasanya akan lebih dari itu. Aku bersahabat dan terus bersahabat. Dia lebih tua. Seriously, lebih tua. Jodoh itu rahsia Allah. Sahabat aku itu dijodohkan dengan pilihan hatinya, Alhamdulillah. Semoga bahagia disisi orang yang tercinta.

Aku dapati itu saja method yang boleh aku guna untuk buang anak makcik unknown jauh-jauh. Mujur ada pengganti. Masih lagi dalam tema bersahabat. Abu. (Macam nama kucing aku. Haha). Sahabat baru yang ini sangat bijak, baik dan pandai orang nya. Semua ciri-ciri yang aku sebut semuanya terlebih ada pada dia. Macam biasa,  ironinya, bila perempuan dan lelaki menjalinkan ikatan persahabatan, percayalah, rasanya akan lebih dari itu. Tapi kali ini, hanya aku yang merasainya. Kalau hentak sebelah kaki mungkin masih ada bunyi, kalau tepuk sebelah tangan? Ambil saja lah kompang buat hilang malu.

Julai 2011, masih bersahabat dengan Abu. Tapi sudah renggang. Renggang yang besar jaraknya. Abu banyak berubah. Tapi mungkin itu tanda yang ingin Abu sampaikan, agar aku tidak terus berharap bahawa Abu akan jadi penyelamat jiwa dari aku terus mengingati anak makcik unknown. Abu pergi untuk selamanya. Sudah hukum alam, yang punya nyawa akan dipulangkan pada tuhannya. Abu sudah selesai, semoga bahagia disisi tuhan yang Maha Kekal.


Untuk satu ketika, aku berharap dan berdoa pada tuhan agar ditarik semula semua ingatan aku. Reset. Tapi semua tu tak mungkin. Memang tak mungkin. Kalau tuhan beri aku satu memori baru yang bakal menyusahkan keluarga aku untuk ingatkan aku semula tentang mereka, buat apa? Lama-lama ingat juga sesuatu yang tak nak diingat tu (ape aku cakap ni?). Seriously, aku rasa nak berdepan dengan anak makcik unknown. Setiap tahun aku akan jumpa dengan dia. Mungkin dia kawan baik mama. Aku masih tak pasti, apa hubungan makcik tu dengan mama. Umur aku dah 22, masih tak tahu siapa dia. Biar lah. Bukan masuk periksa pun.

bukan mudah. hidup bukan mudah. sumpah.

written by, 
AMY

#15 : Update...! Update....!

hari ni mesej warning yang ketiga dari encik blogger hebat suruh aku update blog aku.. malang nya aku belum ada idea dan masa untuk mengadap laptop lama-lama..sebab cermin mata aku rosak.. sob-sob.. ='(

#14 : Resepi Tenang Diri Kiriman Nabi =)

Ayat mudah : tak sadar dek untong! haha


Bila baca quotes ni, banyak benda yang aku fikir. 
Oh ya, macam biasa, sumber dari Encik Facebook. Hehe. 

benda simple yang aku teringat masa aku tengok movie SANG MURABBI (best okay citer nih!)
nabi pesan pada kita,

2 Perkara yang kita kena lupakan:

1. Kebaikan yang kita buat pada orang lain
2. Keburukan yang orang buat pada kita


try it!
insyaAllah tak serabot-serabot kepala dah.
mungkin kata orang kedah,
"biaq pi la depa nak kata apa, Allah dalam hati aku, aku buat semua benda untuk redha Allah saja
sebab aku cinta Dia untuk segalaNya"

cool!


let's be cool. cool muslims =)

Amy's Story

Lima Tahun, Apa Tahu?

Petang tu hujan lebat, guruh manja-manja bunyinya. Alhamdulillah. Takde lah takut sangat. Aku di rumah kawan mak. Mungkin. Mungkin dia kawan mak. Tapi masa tu, jauh. Tandas jauh. Biasa lah rumah lama, tandas semua nak letak kat luar kalau boleh. Aku tarik kakak aku teman aku ke tandas. "Nak wiwi..." ujar ku. Kakak terus tarik aku ke tandas. Mungkin malas nak banyak bunyi dengan adiknya yang baru lima tahun, apa tahu?
Mungkin malas.

Selesai apa yang patut, aku gembira dah boleh sambung main di ruang tamu dengan Ash, adik lelaki aku. Dalam aku tersengih sengih nak fikir nak main apa kat depan, aku ternampak sorang budak lelaki. Betul-betul pandang aku. Aku pandang dia balik. "Comel, mungkin anak makcik tu." detik hati yang pertama. Lima tahun, apa tahu?
Mungkin dia kawan baru.

Dan berakhirnya aku dari umur lima tahun itu aku berharap agar budak lelaki itu tak ikut turut serta untuk berada dalam kepala aku tapi malangnya, masih ada. Mungkin jalan terbaik adalah cuba untuk mengenali budak lelaki ini siapa dan apa yang dia buat dalam kepala aku. Semak kepala, sempit dada setiap kali dia muncul dalam kepala. Lima tahun, apa tahu?
Mungkin dia nak buat kawan.

Umur enam tahun, tujuh tahun, lapan tahun, hingga sepuluh tahun. Masih fikirkan perkara yang sama. Aku tak pernah cakap benda ni dengan emak, takut benda ni terlalu pelik dan tak boleh diterima akal. Sedang kan aku pun tak boleh terima inikan pula emak, "Lima tahun, apa tahu?"
Mungkin anakku dah pandai berkawan.


bukan mudah, hidup bukan mudah. Sumpah.
written by, 
AMY



#13 : Mengarut

Mula berfikir tentang post post yang lebih mengarut untuk masa akan datang!

#12 : I'm Alive.......!! Again.

Assalamualaikum & Good Morning..again.

Alhamdulillah, hidup lagi hari ni. \^o^/. Facebook! Honestly, aku pun gila jugak dengan benda tu. Hehe. Ada page sorang ustaz ni cakap la,
"Kenapa Allah bagi kita peluang untuk hidup lagi? Walaupun hari semalamnya kita belum lagi menjadi seorang muslim yang baik, yang memenuhi ciri individu yang disayangi Allah? Sebab Allah memang sayang pad akita dan beri kita peluang untuk perbetulkan hidup kita! He wants to see us in Jannah!
Haa.... name mudahnye, PELUANG! kalau dah 22 tahun hidup.. kire lah bape hari dah peluang Allah bagi,. Tu tak campur mati sementara (tidur) yang selalu buat dalam kelas, dalam kelas..pastu yang kat dalam kelas tu.. erk? hehe!

Renung2kan dan Mari Beramal!!! ^___________^

#11: Kalau Ada, Ada. Kalau Xda, Ada-Hikmahnya!

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Mode pagi ni, masih sayu-sayu lagi sebab semalam hantar my beloved makndak azah & pakndak halim ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya bagi meneruskan perjalanan beliau ke Tanah Suci Makkah atas urusan mengerjakan rukun Islam yang kelima. Moga makndak & pakndak dalam keadaan selamat pegi, selamat balik dan dipermudahkan urusan insyaAllah. Aisyah, the one & only daughter of 'em will stay with us for about 43 days they left. InsyaAllah semua okay. Semalam agak tacing tengok T_T anak beranak nangis. Wuhu.

Mengerjakan ibadah haji, sama macam pergi berjihad. Kita pergi mendapatkan seruan Allah. Wajib for all muslim. Siapa yang dah mampu, dsb. Silakan. Aku kagum dengan orang yang beriltizam untuk mengumpul duit gaji dan melaburkan dahulu ke jalan ini. Subhanallah! 

Dreaming, Leaving-life?


Sebelum ni, aku banyak kali berangan- kalau dah dapat gaji nanti nak beli kereta, nak beli rumah sendiri, nak beli barang-barang mengarut kegemaran aku dan sebagainya.(Er, seriyes aku suka gila barang mengarut. Die ekceli bukan mengarut, tapi kreatif. Tak pakai pun tapi suka nak tengok. Hehe! Dah jaoh menyimpag woi~!). Tapi bile tengok semalam ramai-ramai jemaah haji yang tengah queue up  nak berlepas rasa tersentuh hati ni untuk menabung mengerjakan haji terlebih dahulu sebelum kejar benda lain. Semalam aku nampak banyak je anak muda yang umur bawah 30 dah pegi menunaikan haji. Tacing. Seriyes! Aku rasa macam, kenapa aku boleh letakkan seruan ALLAH yang ketiga, keempat sedangkan bukan kereta atau rumah yang buat aku hidup sampai ke hari ni. Think acik oi~ Think!

Sebelum makndak berlepas, banyak kali jugaklah makndak pesan suruh aku tulis doa untuk makndak doakan dibumi barakah sana. Aku hanya mampu cakap, " Adak tau akah nak ape.." tapi hati aku banyak kali terdetik, "Tapi Allah tau apa yang aku rasa.." 

Lama aku fikir, idea tak muncul tiba. Sedih! Sebab teringat tazkirah yang pernah dipesan sahabat lama,

" Salah satu nama Allah adalah Al-Mujib. Ada dua pesan - yang memperkenankan du'a dan yang mencetuskan idea untuk berdu'a. Layakkah kita untuk meminta lagi pada Allah sedang apa yang dikurniakan pun tak tertunai amanahnya? Fikir, Usaha. Jangan sampai kita tersingkir."

Huhu! Hari-hari aku amati diri sendiri, memang takde idea! So, semalam, hari yang makndak & pakndak tunggu-tunggu dah tiba. Doa masih belum muncul dalam kotak fikiran aku yang takde la luas mana. aku dan keluarga tiba di Kompleks Tabung Haji dalam jam 7.30 malam. Semua orang berpusu-pusu untuk tunaikan solat maghrib. Aku juga.  Selesai solat, jumpa Kak Fina (wife abg long) sedang duduk mengadap buku nota dengan ayong. Siriyes juga muka mereka berdua.Tulis doa rupanya. Kak Fina & ayong ade jugak 'ketuk' aku mintak idea nak doa apa. Tapi aku pun xde idea.

Suddenly dengan izin Allah, aku tetibe dapat ilham. Alhamdulillah. There's something yang Allah nak aku minta pada Dia. Aku ambil buku dan pen dari Kak Fina dan terus tulis. Tangan tak berhenti dari menulis doa dan hati juga turut meruntun doa. Masa tu tulis doa aku rasa macam aku ada di tempat lain. Wallahu'alam. That's how i feel at that moment. Seriyes lepas tulis, aku rasa macam nak nangis. Terharu yang Allah masih beri ilham pada aku untuk mohon sesuatu yang dah lama aku simpan. Sangat lama. Memang Dia je tau apa yang aku minta & harapkan selama ni.



Ya Allah, perkenankanlah permintaanku sekiranya itu yang terbaik buatku dan gantikanlah dengan yang lebih baik dari itu kerana hanya Kau Maha Mengetahui tentang segala apa yang terbaik buat ku. Amin.

p/s: aku rasa ni la entri paling serius yang pernah aku tulis. tapi aku percaya idea nak tulis ni jugak datang dari Allah. Yang baik dr Allah, yang buruk dr kelemahan dan kekhilafan diri sndri. Mohon semua yang terbaik drNya. Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada, ada-hikmahnya! ingat tu cik =)






(✖‿✖) : My 100 Days Without Rice Challenge

Salam!
Okay, nak terus pada point supaya aku tak lama menarinarikan jari jemari aku atas
keyboard Acer Aspire5570 yang dah hidup segan mati pun tak nak ni.
(er..mengarut. mengarut. =D )

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, kaki aku selalu rasa kebas kebas,
badan yang kiut macam aku ni agak tak berbaloi dan teramatlah
scary nya kalau dah mula rasa benda2 pelik pada badan.
Risau!
Kelenjar peluh mula lah menggelabah luar biasa. 
Lebih dahsyots lagi dari kelenjar jumpa anjing (erk?)
So, aku pun mula tanya pada Dr yang lebih hebat dari Dr-Dr di Pusat Kesihatan Universiti aku..
Jawapan Doc Google memanglah tepat dan pantas
tapi, gusar jugak lah.
Melibatkan masa depan jugak.
Huhu.

Aku mula menggelabah
(tadi kelenjar je yang menggelabah)
memikirkan masalah umat diri.
bertalu-talu persoalan diminda 

Ada masa depan ke?
Sempat kahwin tak?
Anak2 aku esok lusa macam mana? (??!!)

okay. Enaf. 
Start saat itu,
aku mula pasang azam.
Tak nak makan nasik!
(Sebab aku ada masalah edict pada nasi)
for 100 days
InsyaAllah! =D

Post-post yang insyaAllah akan datang ber"icon"kan (✖‿✖) ini akan cerita perjalanan hidup
without nasi. Hehe.
Takde lah menggelupur.. 
Just nak bina hidup baru..
We'll see

Biiznilah, InsyaAllah~!!
^_^

#10 : Takde mOod~

lama tak online.. sebab sekarang sibuk uruskan pelajar baru.. dan sibuk jugak untuk preparation masuk kelas..
tengah sedih ni.. sebab baru balik sembang-sembang dengan kawan.. sekarang ni dah trend lah..kalau nak kawan.kawan dengan yang cantik saje.. bukan ke cantik tu subjektif.. ape nilaian mereka nak kata orang ni cantik, orang ni tak cantik... urgh..sedih~

#9 : Kad Raya Acik!



Salam Aidilfitri buat semua!!
Sorry lah kalau semua ni gambar acik je, 
dah nama pun kad raya acik. 
Gambar acik la.
Kalau kad raya peah ke, tipah ke, senah ke,
boleh lah letak gambar derang serba sedikit. 
Ngeh3!

Salah dan silap harap dimaafkan..
Semoga amalan2 di bulan Ramadhan dapatlah di'carry forward'
ke bulan2 yang mendatang..
Jika kita datang pada akhirat, dunia akan ikut kita. Tapi jika kita ikut dunia, akhirat tak heran pun kat kita....

So, carilah akhirat. 
Itu destinasi kita.
Dunia hanya tempat transit sahaja...
Berusahalah,
redha dan jannah (syurga) itu impian semua....

Love, 
Acik Surihani  Hanafz






#8 : Mode Raya 2011

Salam!

SELAMAT HARI RAYA!!!

weee!!!
KebaaabOOOMmm!!!
Ptap Ptap Ptap Ptap Ptap Ptap!!!
Kebooshh!! Kebooshhh!! 
(err...macam dah tak bunyi mercun jeh)
Enaf.






#7 : Ini Kisah Tentang Matnoh..

Salam..
Just now baru je publish satu post. Ending dia macam dah nak tidur dah, tapi sambil tulis entry tu sambil main facebook.. Bertemulah dengan kawan-kawan lama masa aku sekolah dulu. Tengah meriah-meriah saling usik mengusik, tiba-tiba kawan aku aku buka cerita lama..

jeng jeng jeng~!

korang tau, dulu masa aku Form 2, aku pernah debik atau dalam bahasa cantik nya memberi satu tumbukan dibahagian belakang badan kawan sekolah aku, lelaki! Huhuhu!
Beliau yang hanya famous dikenali sebagai Matnoh di kalangan rakan-rakan beliau adalah mangsa keadaan...

Puncanya, 
aku baru keluar bilik air dan dengar ejekan-ejekan berbaur usikan tentang figure individu or in other words, main ejek-ejek: 
'' gemok-gemok!''..
ejekan-ejekan tidak ilmiah ini dilemparkan pada junior aku yang aku sangat kenal, jiran aku sendiri..
disebabkan aku tengok muka jiran aku tu dah lain macam, 
aku suruh dia balik kelas 
dan...
darah Parameswara yang dianugerahkan tuhan ini mula memuncak saat itu, 
lalu aku berpaling ke arah budak lelaki tersebut dan memberi beliau satu tumbukan manjhe 
(tapi kawan aku cakap tu tumbukan padu)
(tapi aku rasa ni tumbukan manjhe je)
..........
lantak lah padu atau manjhe
yang pasti, tangan aku pernah sampai ke belakang badan budak tersebut..
puasnya bukan kepalang, tapi cuak lagi bergantang-gantang sebab budak yang aku debik ni geng beliau ramai..
sekali beliau angkat geng, Ah Long pun boleh give up

Dalam seminggu aku asyik tengok budak-budak laki ni perangai dah lain dah ngan aku. 
Mungkin marah sebab "bermanjhe-manjhe-an'' dengan kawan mereka..
Wallahu'alam....

Lepas pada tu, aku memang sangat pangkah kalau ada orang yang cuba-cuba nak bolos minda aku supaya ingatkan kisah lama yang sangat tak hensem tu..

Tup-tup hari ini..
kawan aku yang lebih mesra dikenali sebagai Cine (21) membuka semula pekung di otak aku.. 
*thurimakasheikh Cine*

Berikut perbualan aku dengan beliau :-
saje buat tulisan kecik, tapi tulisan kecik ni la yg bgtau kisah sebenar.huho!

Cine : jgn cerita hal lama.nnt aku flashback keganasan kau menumbuk matnoh.haha

Aku :  hahahahahahahaha.. main kasar nmpk. eleh. tumbok manjhe2 gtew je. tu pun sume nak geron. hahaha. sape suro die nyakat jiran aku. seb baik bg mukaddimah je. ngeh3

Cine :  hahaha terkejut aku woi.padahal kau salah paham.ceh.dia tgh menyakat kitorg tiba2 dapat sedas.hahahahaha.aku fobia dgn kau zaman tu.tak tipu!

Aku :  eh? ye ke? ya Allah.. lepas 7 taun baru tau cte btol. hahaha. aku kasik tu sbb mase tu aku klua blk air ngan jiran aku tu.. pastu dgr pasal ejek2 ni.. jiran aku tu cam da tacing abes a.. aku suh die balek kelas, aku kasi matnoh sedas. haha. takde la sedas sangat. ibarat mercun bola yg dah masuk angin (?) hahaha.. woi, ape ko nak fobia fobia ni. ingat ade mafia ke ape. haha. sogan pulak den. takpe2 skang tgh blaja ayu2 ni. hahaha

Cine :  hahahahahhahahahhahahahaha ..yelaaaa.serius semua terkejut tapi senyap je.takot woi!

.......sembang sembang ngarut.......

.......sembang sembang ngarut.......

.......sembang sembang ngarut.......

Aku : dalam seminggu tu aku mcm trauma jugak lah (ayat nak over)..sbb aku mane pnah tumbuk org kecuali laa mase kelas taekwando.. ei korg.. xsaket kan yg aku tumbuk matnoh tu? manjhe2 je kan? ke saket? uwaaa... benci lah flashback..

Cine : hahahaha mana aku tau.aku rasa mcm sakit.tumbukan padu.haha

Aku : tumbukan padu tu mungkin dr hati yg iklas nak bg beliau sedas.. bukan asbab saiz badan ketika itu.. hahahaha

Cine : hhahahahaha matnoh fobia dengan gadis2 selama beberapa bulan.hahaha

Aku : nasib baek gadis2 yg x bias pade saiz nye, kalau x bagi lagi. hahahhaa

Cine : ahahahahahahahhahahahhahahahah time tu terpancar muka puas kau selepas mendebik

Aku : hahahaha...kau uji kesabaran aku time bulan molia ni cine. ko saksi kejadian ke? oh venci nyoh!!
  

---------------------------------------------------------------
Dan begitu lah kisahnya...
salah faham kot! 
malu seyh!
budak laki pun takut dengan aku. 
Aduhaii...
Hahaha..

tapi bak kata Junior College aku tadi tentang status aku yang menyatakan aku rasa malulah sangat-sangat-sangat bila cerita di OPEN semula buat tatapan umum.. 

 "At least buat awak tersengih n tersenyum... :) XD :p''

kannn~?


*******************************

Alhamdulillah~~~! 
Setiap ada yang berlaku, 
ada hikmah disebaliknya.
Aku dah sangat lama tak tau cerita pasal Matnoh sebab lepas kejadian tu, aku benci sangat nak jumpa dia.
Takut pun ada. 

Tapi bila dah tahu benda benar, 

"Matnoh, Aku minta maaf! Walaupun benda ni hal ehwal kanak-kanak dulu, tapi kalau makan hati hal ehwal kanak-kanak pun boleh lanjut usia.. Selamat Hari Raya.. maaf Zahir & Batin! "


(˘⌣˘)

Dah boleh tidur lena.. 
Kejap je la sebab dah nak sahur time!
Adios Amigos!


#6 : Stop for a while.. Ramadhan time!! ^_^

Salam.. 
Lama tak post.. Focus weh bulan puasa. 
banyak dah makanan best-best yang tercipta sepanjang bulan puasa  ni.. 
sume aktivitas persiapan juadah berbuka aku ada ambil gambar dan post di facebook.
Alhamdulillah.. ada yang tanya resepi, cara nak buat.. 
mungkin ni starting aku untuk jadi macam MyResepi..
Chayok2 Acik!! hehe

Em...
(fikir sejenak)
(dua jenak)
(tiga jenak)
(jenahak?)
emmmmmmm...
4hb Aug ni dah nak kena masuk kolej.. 
sedihnya.. 
nak tinggalkan rumah.. 
nak tinggalkan family and my beloved dapur tu.. 
(eley, cakap macam belajar jauh je..haha. poyos!)
tapi itu lah adat belajar..
kena ada PENGORBANAN!
yang pastinya semester depan kat bilik pun mesti banyak main masak-masak jugak, 
sebab semester depan dapat duduk asrama yang boleh bawak barang elektrik...
err...tapi bukan barang elektrik yang over-over laah...
bukannya aku amek kos kulinari lagipun! 
haha!

So, I think that's all for tonight..
Assalamualaikum 
&
Good Night!

#5 : Okonomiyaki! versi Malaysia =)

Assalamualaikum!! ^_^

15 July lepas aku ada post gambar breakfast  aku made by My Otoosan (Err.. Ayah. Ayah. Hehe!)
Ekceli, malam tu aku dah tak larat nak kemas dapur, so, aku tergolek awal la dengan dapur yang dibiarkan kusut masai begitu sahaja. Huhu. 

Harap maaf Encik Dapur!.

Pagi tu aku bangun2 je ayah dah sibuk2 kat dapur. Tak berani nak kacau. Mana tahu ayah tengah cari tahap "ketenangan jiwa" beliau di dapur yang handsome ketika itu. haha. Untuk meneutralkan semua rasa serba serbi kesalahan pada ayah masa tu, aku pun pergi lah kemas almari buku ayah.
Tiba-tiba..hidung yang diberikan tuhan yang terletak kemas dibahagian tengah muka menerima signal yang tidak asing lagi ketika itu ;-
 Ya! Bau makanan! Sniff sniff!

Okonomiyaki versi Malaysia
Wonggeh! 
Disebabkan Makcu aku dah acap kali menyatakan hasrat beliau untuk buat Okonomiyaki dan memerlukan resepinye dengan kadar yang segera, maka terbitlah satu post yang sangat2 latest khas untuk beliau! 
(15 July - 2 Aug :: Sememangnya satu tempoh yang boleh membasikan Okonomiyaki kau tu XD )
buat muka kiut. buat muka kiut. beli jiwa. hehe!
******************JOM MASAK!*******************

Disebalik tabir...
Ingredients :
 1. >1/4 kobis 
2. >1 carrot
3. >1 bawang
4. >2helai daun bawang
5. taugeh seploh sen
6. 1tbsp tepung gandum
7. 3 biji telur
8. Garam 
9. Cheddar Cheese* Ikut mung la nak letak ke tak
10. Black/White Pepper 
11. Mayonise
semua barang2 yang korang rasa boleh hiris korang hiris la. (barang2 yang bertanda ">")
 kalau taugeh pun korang hiris gak meh sini aku hiriskan korang pulak =p

Okeh, sume barang2 dah prepare?  

1. Mix kan bahan 1-10. Kacau hingga sebati, tak payah nak tambah-tambah air.
2. Guna "Pan" untuk sesi penggorengan Okonomiyaki ni. 
But, kalau korang ada kuali yang macam buat roticanai tuh lagi best! Siriyes!
3. Panaskan minyak / buter pun bolleh~!
4. Masukkan semua bahan2 tadi, rata2 kan dan dia akan kelihatan macam telur dadar yang biasa korang buat dikala lapor sangat2. Hehe!
5. Api xyah bsau bna. kang itam.
6. agak2 cam da nak masak tu piciit mayonis tadi. buat lah bentuk ape pun. ikut suke korang. hehe
 
*******************************************
kalau macam tak paham ape bende laa yang aku cerita tadi, boleh pi cari kat TIUB ANDA a.k.a YOUTUBE...search OKONOMIYAKI.. orang jepun ade bancuhan die.. tapi bile sampai melesia korang bancuh je la cam nak buat telur dadar / cucur! 

Selamat mencuba dengan selamat! ^_^

1. Mix kan bahan 1-10. kacau hingga sebati, tak payah tambah air.
2.  Amek "pan" dari korang punya almari  kuali periuk dansegalabagaitu2. Panaskan minyak / butter pun boleh!3.  

#4 : Tiba-tiba....

'' Ahlan wa sahlan Ramadhan. "


Bergema ucapan alu-aluan drpd Muslim yg rindu akan bulan pesta ibadah ini. Kesabaran menunggu selama ini yang kini menjelma di depan mata disambut dengan lafaz syukur serentak dengan sujud syukur. Alhamdulillah ya Allah! Engkau temukan aku lagi dengan Ramadhan , yg padanya ada sesuatu yang didamba kekasih-Mu.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditinggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang Ramadhan, maka apa yang terjadi ialah ibadah mengejut
Tiba-tiba...ibadah digandakan...
Tiba-tiba...bangun qiamullail...
Tiba-tiba...tahap kesabaran meningkat..
Tiba-tiba...segala yang lagha itu semua ditinggalkan..
Dan macam-macam lagi..

Okey,
tak mengapa seandainya ibadah sepanjang bulan Ramadhan dilakukan dengan mengejut.
Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadhan.

Namun,
 jangan ulangi kejutan berupa "tiba-tiba" itu seawal hari pertama graduate dari Madrasah Ramadhan..
Tiba-tiba..makan banyak..
Tiba-tiba..mendedahkan aurat..
Tiba-tiba..terlupa di mana Al-Quran..
Tiba-tiba.. meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadhan dikerjakan seolah-olah wajib...
Tiba-tiba...memulakan kembali semua agenda lagha.


Apakah semua ini? Adakah ini satu perbuatan membalas dendam? Balas dendam kepada siapa pula ni?
Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah sesuatu yang tidak patut jika tiba-tiba "bertanduk" sebaik takbir Syawal bergema. Koreksilah diri. Apa niat utama kita berpuasa sebulan? Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus kepada ibadah hanya dalam tempoh sebulan sahaja? Apakah ibadak sepanjang bulan Ramadhan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama 11 bulan berbaki?

***************************************************

di salin semula dari majalah SOLUSI edisi khas isu#34.

Jemput Beli! ^_^
Bye! Salam Ramadhan! 

#3: Ayam Fared punya!

Korang kenal Ayam Fared / Fared Ayam? Kenalkan..


Aku suka dia!
 Dia sangat.. sangat.. sangat.. ayam!
 \(^)o(^)/

******************************************


INI BUKAN GURINDAM
by: Ayam Fared


yang berseragam melintang menutup jalan
memukul menembak atas arahan
mau bercakap tentang keamanan?

yang tak bertindak dan hanya berserah
percaya berita acuan pemerintah
mau bercakap soal maruah?

semalam, ada yang mau menjadi tuhan
hari ini, ada yang marah minta dibebaskan

******************************************

sape makan seafood, terase GOUTnye~ hehe!

p/s: congrats utk Ayam sebab buku beliau dah keluar ma! (lambat je aku tau =_='' )

Ayam dah STABIL! Cepat lah masuk mempinang. haha


#2 : aCiken Meatballs!

Assalamualaikum.. meet again.. =)

Must be semua orang excited tunggu bulan paling kachak bergaya, Ramadhan Al Kareem datang kan? Bulan pendidik bak kata kawan-kawan sekolah aku. Yang sedihnya aku ada lagi 3 hari nak marathon ganti, but today bateri ultraman aku dah kelip2. Kesimpulan; tak puasa. Tapi masih ada nafsu untuk masak sesuatu yang best untuk kakak aku yg merupakan ultraman yang ada power lagi.

hiyah! mengidam PASTA!

Hanya untuk makluman, acik ni comel gila orang nya :: muntah lah, muntah lah :: jadi, kompem2 lah banyak luangkan masa di dapur atau istilah yang lebih bergaya sekali ialah
 " Acik mempunyai komitment yang tinggi di dapur ".
 Sekali lagi acik tekan kan, KOMITMEN! haha. 

Wokeyh, sekarang cakap banyak juga tara guna. Meh kita lepak buat Meatballs!

~aCiken Meatballs in progress~ ^_^

INGREDIENTS: 
~Ayamas Minced Chicken
~All Spices yang ada kat rumah korg
~Bawang Merah ; sile dadukan 
~Telur
~Tepung Gandum sikiittt
~Serbuk Roti - kalau takda, korang bakar roti kasi garing cun2, pastu gesek2kan pada bancuhan
 (aku tau BM aku cam aram tapi mesti korg dapat bygkan an? I trust you! hehe) 
~Quaker Oat
~Nestum

Mix it all together and it'll become into this...
fokus kat bekas tu ye. bekas. bekas.
NEXT...!!
Sesi Menggentel : make sure tangan BERSIH! hehe


ni aku. ni aku. hehe

Gambar di atas menunjukkan penulis sedang meng BulatBulat kan semua ingredients tadi.. Bulat-bulat kecil adelah lebih molek, cantik dan kiut untuk dimakan. Kalau korang buat sikit memang lama jugak nak abis sebab orang excited tengok kecomelan bola-bola ayam korang. Waaaa!!! 



Lepas bulat-bulat semua dah kiut miut, panaskan minyak zaitun. 
Golek-golekkan aje bola-bola api korang tadi. 
Goreng sampai garing.
 Tos. 
Benda ni sedap kalau nak makan macam tu je lagi super power  kalau makan dengan Spaghetti.

supaguti!!

**********************************************************************************
Measurement acik x tekankan sangat pun sebab siriyes, kalau korg suka benda tu bnyk korg letak la banyak2. One thing yang acik pegang dalam Cooking World - KITA YANG BUAT DIA! hehe. Tapi bab-bab garam, gula tu beragak lah sebelum kena. Kena apa? Ha, pi google. Hehe!

mesti readers kata "....banyak cakap oh dia ni.!"

Acik kata : Tahu... =_=''

♥ : ini cerita lama....

..I just want you to know..

terima kasih,
sebab pernah ada di ♥ saya
walaupun untuk suatu ketika yang tak lama
tapi Tuhan saja tahu
setulus dan telus mana ♥ saya buat awak

terima kasih,
sebab banyak buka mata saya,
tentang setiap manusia berbeza kehebatannya,
usik mengusik jadi kenangan
sampai bila-bila
kekal dalam ♥ saya

terima kasih,
sebab tak pernah kesah 
tentang apa saya rasa pada awak
mungkin sebab tu
awak pernah ada dalam ♥ saya

doa saya,
semoga awak sentiasa tenang di sana...
terima kasih sahabat lama... 

*******************************

MrP, 
it seems like nobody can replace you after this..
dua orang yang pernah ganti you,
seorang selamat mendirikan rumah tangga, 
dah ada anak pun.. 
Alhamdulillah..
seorang lagi dah pun kembali ke rahmatullah.. 
baru2 ni..
pedih saya nak ganti-ganti orang
setiap yang ganti tu, akan pergi dengan cara yang Dia kehendaki..
lepas ni saya tak nak dah cari siapa-siapa untuk ganti awak
biarlah rasa ni macam ni
sampai bila, Dia saja yang tahu
tapi saya takkan putus harapan
untuk awak lupus dari ingatan saya

Please say goodbye to me MrP..





#1 : Assalamualaikum!

Waalaikumsalam..

Hehe, sendiri tulis sendiri jawab. Ye lah, blog baru buka, sapa yang nak baca. Orang tak tahu pun. Unless nanti kalau power bijak sikit..sikit la.. dari kak Hanis Zalikha boleh la bagi salam panjang lebar readers jawabkan.. ^_^

Untuk permulaan, honestly memang tak tau nak kata apa sebab ni bukan lah blog pertama acik. Ini dah yang ke berapa puluh dah sebenaqnya, cuma kali ini rasa nak jadi lebih siriyes dan fokus. Acik suka bercakap, bercerita, tapi nak tulis jadi ayat-ayat gaya Pak Samad memang berdarah laa mata orang yang baca.. Hehe! Nuffnang pun silap hari bulan tak kasi Acik daftar.. (woohoo, jauh dah tu Acik.. jauh dah..)

Acik berblog bukan untuk dapatkan duit dari nuffnang, jauh lagi nakkan perhatian mata dunia mahupun Malaysia mengenai karangan aku yang sedikit *TET* ni. Cuma kebelakangan ni Acik mula menanam minat untuk membaca, buka minda luas-luas.. bersih-bersih.. (erk? ^_^ ) Too many things to share. 

Biarpun blog ni takda sapa yang nak baca, biar lah ia menjadi kertas contengan Acik dikala Acik mahu main conteng-conteng.

...
......
.........
..
(=_=)?

Yeay..dah mengarut. Masa untuk buat ayat penutup.. (@_@)

..total satisfied..

Ikan puyu takda duri, 
Lain kali Acik post lagi..


Acik kata ; Babai!