Buscar

Page

#11: Kalau Ada, Ada. Kalau Xda, Ada-Hikmahnya!

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Mode pagi ni, masih sayu-sayu lagi sebab semalam hantar my beloved makndak azah & pakndak halim ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya bagi meneruskan perjalanan beliau ke Tanah Suci Makkah atas urusan mengerjakan rukun Islam yang kelima. Moga makndak & pakndak dalam keadaan selamat pegi, selamat balik dan dipermudahkan urusan insyaAllah. Aisyah, the one & only daughter of 'em will stay with us for about 43 days they left. InsyaAllah semua okay. Semalam agak tacing tengok T_T anak beranak nangis. Wuhu.

Mengerjakan ibadah haji, sama macam pergi berjihad. Kita pergi mendapatkan seruan Allah. Wajib for all muslim. Siapa yang dah mampu, dsb. Silakan. Aku kagum dengan orang yang beriltizam untuk mengumpul duit gaji dan melaburkan dahulu ke jalan ini. Subhanallah! 

Dreaming, Leaving-life?


Sebelum ni, aku banyak kali berangan- kalau dah dapat gaji nanti nak beli kereta, nak beli rumah sendiri, nak beli barang-barang mengarut kegemaran aku dan sebagainya.(Er, seriyes aku suka gila barang mengarut. Die ekceli bukan mengarut, tapi kreatif. Tak pakai pun tapi suka nak tengok. Hehe! Dah jaoh menyimpag woi~!). Tapi bile tengok semalam ramai-ramai jemaah haji yang tengah queue up  nak berlepas rasa tersentuh hati ni untuk menabung mengerjakan haji terlebih dahulu sebelum kejar benda lain. Semalam aku nampak banyak je anak muda yang umur bawah 30 dah pegi menunaikan haji. Tacing. Seriyes! Aku rasa macam, kenapa aku boleh letakkan seruan ALLAH yang ketiga, keempat sedangkan bukan kereta atau rumah yang buat aku hidup sampai ke hari ni. Think acik oi~ Think!

Sebelum makndak berlepas, banyak kali jugaklah makndak pesan suruh aku tulis doa untuk makndak doakan dibumi barakah sana. Aku hanya mampu cakap, " Adak tau akah nak ape.." tapi hati aku banyak kali terdetik, "Tapi Allah tau apa yang aku rasa.." 

Lama aku fikir, idea tak muncul tiba. Sedih! Sebab teringat tazkirah yang pernah dipesan sahabat lama,

" Salah satu nama Allah adalah Al-Mujib. Ada dua pesan - yang memperkenankan du'a dan yang mencetuskan idea untuk berdu'a. Layakkah kita untuk meminta lagi pada Allah sedang apa yang dikurniakan pun tak tertunai amanahnya? Fikir, Usaha. Jangan sampai kita tersingkir."

Huhu! Hari-hari aku amati diri sendiri, memang takde idea! So, semalam, hari yang makndak & pakndak tunggu-tunggu dah tiba. Doa masih belum muncul dalam kotak fikiran aku yang takde la luas mana. aku dan keluarga tiba di Kompleks Tabung Haji dalam jam 7.30 malam. Semua orang berpusu-pusu untuk tunaikan solat maghrib. Aku juga.  Selesai solat, jumpa Kak Fina (wife abg long) sedang duduk mengadap buku nota dengan ayong. Siriyes juga muka mereka berdua.Tulis doa rupanya. Kak Fina & ayong ade jugak 'ketuk' aku mintak idea nak doa apa. Tapi aku pun xde idea.

Suddenly dengan izin Allah, aku tetibe dapat ilham. Alhamdulillah. There's something yang Allah nak aku minta pada Dia. Aku ambil buku dan pen dari Kak Fina dan terus tulis. Tangan tak berhenti dari menulis doa dan hati juga turut meruntun doa. Masa tu tulis doa aku rasa macam aku ada di tempat lain. Wallahu'alam. That's how i feel at that moment. Seriyes lepas tulis, aku rasa macam nak nangis. Terharu yang Allah masih beri ilham pada aku untuk mohon sesuatu yang dah lama aku simpan. Sangat lama. Memang Dia je tau apa yang aku minta & harapkan selama ni.



Ya Allah, perkenankanlah permintaanku sekiranya itu yang terbaik buatku dan gantikanlah dengan yang lebih baik dari itu kerana hanya Kau Maha Mengetahui tentang segala apa yang terbaik buat ku. Amin.

p/s: aku rasa ni la entri paling serius yang pernah aku tulis. tapi aku percaya idea nak tulis ni jugak datang dari Allah. Yang baik dr Allah, yang buruk dr kelemahan dan kekhilafan diri sndri. Mohon semua yang terbaik drNya. Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada, ada-hikmahnya! ingat tu cik =)






3 comments:

hakeemhanafz

untung lah org tu reti tulis, haha..

محمد رازيق

artikel yang baik.. luahan hati seorang muslimah.. perkongsian yang berkesan acik.

jingga

teruskan... smoga menjadi medan utk pembaikan dan perbaikan

Post a Comment