Buscar

Page

#4 : Tiba-tiba....

'' Ahlan wa sahlan Ramadhan. "


Bergema ucapan alu-aluan drpd Muslim yg rindu akan bulan pesta ibadah ini. Kesabaran menunggu selama ini yang kini menjelma di depan mata disambut dengan lafaz syukur serentak dengan sujud syukur. Alhamdulillah ya Allah! Engkau temukan aku lagi dengan Ramadhan , yg padanya ada sesuatu yang didamba kekasih-Mu.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditinggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang Ramadhan, maka apa yang terjadi ialah ibadah mengejut
Tiba-tiba...ibadah digandakan...
Tiba-tiba...bangun qiamullail...
Tiba-tiba...tahap kesabaran meningkat..
Tiba-tiba...segala yang lagha itu semua ditinggalkan..
Dan macam-macam lagi..

Okey,
tak mengapa seandainya ibadah sepanjang bulan Ramadhan dilakukan dengan mengejut.
Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadhan.

Namun,
 jangan ulangi kejutan berupa "tiba-tiba" itu seawal hari pertama graduate dari Madrasah Ramadhan..
Tiba-tiba..makan banyak..
Tiba-tiba..mendedahkan aurat..
Tiba-tiba..terlupa di mana Al-Quran..
Tiba-tiba.. meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadhan dikerjakan seolah-olah wajib...
Tiba-tiba...memulakan kembali semua agenda lagha.


Apakah semua ini? Adakah ini satu perbuatan membalas dendam? Balas dendam kepada siapa pula ni?
Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah sesuatu yang tidak patut jika tiba-tiba "bertanduk" sebaik takbir Syawal bergema. Koreksilah diri. Apa niat utama kita berpuasa sebulan? Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus kepada ibadah hanya dalam tempoh sebulan sahaja? Apakah ibadak sepanjang bulan Ramadhan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama 11 bulan berbaki?

***************************************************

di salin semula dari majalah SOLUSI edisi khas isu#34.

Jemput Beli! ^_^
Bye! Salam Ramadhan! 

#3: Ayam Fared punya!

Korang kenal Ayam Fared / Fared Ayam? Kenalkan..


Aku suka dia!
 Dia sangat.. sangat.. sangat.. ayam!
 \(^)o(^)/

******************************************


INI BUKAN GURINDAM
by: Ayam Fared


yang berseragam melintang menutup jalan
memukul menembak atas arahan
mau bercakap tentang keamanan?

yang tak bertindak dan hanya berserah
percaya berita acuan pemerintah
mau bercakap soal maruah?

semalam, ada yang mau menjadi tuhan
hari ini, ada yang marah minta dibebaskan

******************************************

sape makan seafood, terase GOUTnye~ hehe!

p/s: congrats utk Ayam sebab buku beliau dah keluar ma! (lambat je aku tau =_='' )

Ayam dah STABIL! Cepat lah masuk mempinang. haha


#2 : aCiken Meatballs!

Assalamualaikum.. meet again.. =)

Must be semua orang excited tunggu bulan paling kachak bergaya, Ramadhan Al Kareem datang kan? Bulan pendidik bak kata kawan-kawan sekolah aku. Yang sedihnya aku ada lagi 3 hari nak marathon ganti, but today bateri ultraman aku dah kelip2. Kesimpulan; tak puasa. Tapi masih ada nafsu untuk masak sesuatu yang best untuk kakak aku yg merupakan ultraman yang ada power lagi.

hiyah! mengidam PASTA!

Hanya untuk makluman, acik ni comel gila orang nya :: muntah lah, muntah lah :: jadi, kompem2 lah banyak luangkan masa di dapur atau istilah yang lebih bergaya sekali ialah
 " Acik mempunyai komitment yang tinggi di dapur ".
 Sekali lagi acik tekan kan, KOMITMEN! haha. 

Wokeyh, sekarang cakap banyak juga tara guna. Meh kita lepak buat Meatballs!

~aCiken Meatballs in progress~ ^_^

INGREDIENTS: 
~Ayamas Minced Chicken
~All Spices yang ada kat rumah korg
~Bawang Merah ; sile dadukan 
~Telur
~Tepung Gandum sikiittt
~Serbuk Roti - kalau takda, korang bakar roti kasi garing cun2, pastu gesek2kan pada bancuhan
 (aku tau BM aku cam aram tapi mesti korg dapat bygkan an? I trust you! hehe) 
~Quaker Oat
~Nestum

Mix it all together and it'll become into this...
fokus kat bekas tu ye. bekas. bekas.
NEXT...!!
Sesi Menggentel : make sure tangan BERSIH! hehe


ni aku. ni aku. hehe

Gambar di atas menunjukkan penulis sedang meng BulatBulat kan semua ingredients tadi.. Bulat-bulat kecil adelah lebih molek, cantik dan kiut untuk dimakan. Kalau korang buat sikit memang lama jugak nak abis sebab orang excited tengok kecomelan bola-bola ayam korang. Waaaa!!! 



Lepas bulat-bulat semua dah kiut miut, panaskan minyak zaitun. 
Golek-golekkan aje bola-bola api korang tadi. 
Goreng sampai garing.
 Tos. 
Benda ni sedap kalau nak makan macam tu je lagi super power  kalau makan dengan Spaghetti.

supaguti!!

**********************************************************************************
Measurement acik x tekankan sangat pun sebab siriyes, kalau korg suka benda tu bnyk korg letak la banyak2. One thing yang acik pegang dalam Cooking World - KITA YANG BUAT DIA! hehe. Tapi bab-bab garam, gula tu beragak lah sebelum kena. Kena apa? Ha, pi google. Hehe!

mesti readers kata "....banyak cakap oh dia ni.!"

Acik kata : Tahu... =_=''

♥ : ini cerita lama....

..I just want you to know..

terima kasih,
sebab pernah ada di ♥ saya
walaupun untuk suatu ketika yang tak lama
tapi Tuhan saja tahu
setulus dan telus mana ♥ saya buat awak

terima kasih,
sebab banyak buka mata saya,
tentang setiap manusia berbeza kehebatannya,
usik mengusik jadi kenangan
sampai bila-bila
kekal dalam ♥ saya

terima kasih,
sebab tak pernah kesah 
tentang apa saya rasa pada awak
mungkin sebab tu
awak pernah ada dalam ♥ saya

doa saya,
semoga awak sentiasa tenang di sana...
terima kasih sahabat lama... 

*******************************

MrP, 
it seems like nobody can replace you after this..
dua orang yang pernah ganti you,
seorang selamat mendirikan rumah tangga, 
dah ada anak pun.. 
Alhamdulillah..
seorang lagi dah pun kembali ke rahmatullah.. 
baru2 ni..
pedih saya nak ganti-ganti orang
setiap yang ganti tu, akan pergi dengan cara yang Dia kehendaki..
lepas ni saya tak nak dah cari siapa-siapa untuk ganti awak
biarlah rasa ni macam ni
sampai bila, Dia saja yang tahu
tapi saya takkan putus harapan
untuk awak lupus dari ingatan saya

Please say goodbye to me MrP..





#1 : Assalamualaikum!

Waalaikumsalam..

Hehe, sendiri tulis sendiri jawab. Ye lah, blog baru buka, sapa yang nak baca. Orang tak tahu pun. Unless nanti kalau power bijak sikit..sikit la.. dari kak Hanis Zalikha boleh la bagi salam panjang lebar readers jawabkan.. ^_^

Untuk permulaan, honestly memang tak tau nak kata apa sebab ni bukan lah blog pertama acik. Ini dah yang ke berapa puluh dah sebenaqnya, cuma kali ini rasa nak jadi lebih siriyes dan fokus. Acik suka bercakap, bercerita, tapi nak tulis jadi ayat-ayat gaya Pak Samad memang berdarah laa mata orang yang baca.. Hehe! Nuffnang pun silap hari bulan tak kasi Acik daftar.. (woohoo, jauh dah tu Acik.. jauh dah..)

Acik berblog bukan untuk dapatkan duit dari nuffnang, jauh lagi nakkan perhatian mata dunia mahupun Malaysia mengenai karangan aku yang sedikit *TET* ni. Cuma kebelakangan ni Acik mula menanam minat untuk membaca, buka minda luas-luas.. bersih-bersih.. (erk? ^_^ ) Too many things to share. 

Biarpun blog ni takda sapa yang nak baca, biar lah ia menjadi kertas contengan Acik dikala Acik mahu main conteng-conteng.

...
......
.........
..
(=_=)?

Yeay..dah mengarut. Masa untuk buat ayat penutup.. (@_@)

..total satisfied..

Ikan puyu takda duri, 
Lain kali Acik post lagi..


Acik kata ; Babai!