Buscar

Page

Amy's Story (Part II)

Masa masih mengikut lumrah. Bergerak. Tapi aku masih berkira. Berkira-kira dengan kisah semalam, yang rupanya sudah enam tahun berlalu. Masih ada dibayangan mata tentang dia, anak makcik unknown. Tapi aku tahu namanya. Arakian saban hari aku harapkan raut wajah nya lupus dari ingatan, tapi nak buat macam mana. Masih ada. Tak kira sejauh mana aku berlari, melompat, tidur,makan, baring-semua ada! Belum rasa untuk bahagia. Semoga akan datangnya rasa bahagia. bersama dia (?)

Julai 2000, satu keadaan bantu aku keluar dari kebuntuan angau yang tiada hujung pangkalnya. Zack. Aku tak bercinta, tapi kami berkawan-rapat. Ironinya, bila perempuan dan lelaki menjalinkan ikatan persahabatan, percayalah, rasanya akan lebih dari itu. Aku bersahabat dan terus bersahabat. Dia lebih tua. Seriously, lebih tua. Jodoh itu rahsia Allah. Sahabat aku itu dijodohkan dengan pilihan hatinya, Alhamdulillah. Semoga bahagia disisi orang yang tercinta.

Aku dapati itu saja method yang boleh aku guna untuk buang anak makcik unknown jauh-jauh. Mujur ada pengganti. Masih lagi dalam tema bersahabat. Abu. (Macam nama kucing aku. Haha). Sahabat baru yang ini sangat bijak, baik dan pandai orang nya. Semua ciri-ciri yang aku sebut semuanya terlebih ada pada dia. Macam biasa,  ironinya, bila perempuan dan lelaki menjalinkan ikatan persahabatan, percayalah, rasanya akan lebih dari itu. Tapi kali ini, hanya aku yang merasainya. Kalau hentak sebelah kaki mungkin masih ada bunyi, kalau tepuk sebelah tangan? Ambil saja lah kompang buat hilang malu.

Julai 2011, masih bersahabat dengan Abu. Tapi sudah renggang. Renggang yang besar jaraknya. Abu banyak berubah. Tapi mungkin itu tanda yang ingin Abu sampaikan, agar aku tidak terus berharap bahawa Abu akan jadi penyelamat jiwa dari aku terus mengingati anak makcik unknown. Abu pergi untuk selamanya. Sudah hukum alam, yang punya nyawa akan dipulangkan pada tuhannya. Abu sudah selesai, semoga bahagia disisi tuhan yang Maha Kekal.


Untuk satu ketika, aku berharap dan berdoa pada tuhan agar ditarik semula semua ingatan aku. Reset. Tapi semua tu tak mungkin. Memang tak mungkin. Kalau tuhan beri aku satu memori baru yang bakal menyusahkan keluarga aku untuk ingatkan aku semula tentang mereka, buat apa? Lama-lama ingat juga sesuatu yang tak nak diingat tu (ape aku cakap ni?). Seriously, aku rasa nak berdepan dengan anak makcik unknown. Setiap tahun aku akan jumpa dengan dia. Mungkin dia kawan baik mama. Aku masih tak pasti, apa hubungan makcik tu dengan mama. Umur aku dah 22, masih tak tahu siapa dia. Biar lah. Bukan masuk periksa pun.

bukan mudah. hidup bukan mudah. sumpah.

written by, 
AMY

0 comments:

Post a Comment