Buscar

Page

#16: Serik

Oh, entry ini paling simple mudah dan ringkas.

Aku dah serik. Sekian =)

#seriously, serik +sedih + won't trust anyone, anymore

Amy's Story (Part II)

Masa masih mengikut lumrah. Bergerak. Tapi aku masih berkira. Berkira-kira dengan kisah semalam, yang rupanya sudah enam tahun berlalu. Masih ada dibayangan mata tentang dia, anak makcik unknown. Tapi aku tahu namanya. Arakian saban hari aku harapkan raut wajah nya lupus dari ingatan, tapi nak buat macam mana. Masih ada. Tak kira sejauh mana aku berlari, melompat, tidur,makan, baring-semua ada! Belum rasa untuk bahagia. Semoga akan datangnya rasa bahagia. bersama dia (?)

Julai 2000, satu keadaan bantu aku keluar dari kebuntuan angau yang tiada hujung pangkalnya. Zack. Aku tak bercinta, tapi kami berkawan-rapat. Ironinya, bila perempuan dan lelaki menjalinkan ikatan persahabatan, percayalah, rasanya akan lebih dari itu. Aku bersahabat dan terus bersahabat. Dia lebih tua. Seriously, lebih tua. Jodoh itu rahsia Allah. Sahabat aku itu dijodohkan dengan pilihan hatinya, Alhamdulillah. Semoga bahagia disisi orang yang tercinta.

Aku dapati itu saja method yang boleh aku guna untuk buang anak makcik unknown jauh-jauh. Mujur ada pengganti. Masih lagi dalam tema bersahabat. Abu. (Macam nama kucing aku. Haha). Sahabat baru yang ini sangat bijak, baik dan pandai orang nya. Semua ciri-ciri yang aku sebut semuanya terlebih ada pada dia. Macam biasa,  ironinya, bila perempuan dan lelaki menjalinkan ikatan persahabatan, percayalah, rasanya akan lebih dari itu. Tapi kali ini, hanya aku yang merasainya. Kalau hentak sebelah kaki mungkin masih ada bunyi, kalau tepuk sebelah tangan? Ambil saja lah kompang buat hilang malu.

Julai 2011, masih bersahabat dengan Abu. Tapi sudah renggang. Renggang yang besar jaraknya. Abu banyak berubah. Tapi mungkin itu tanda yang ingin Abu sampaikan, agar aku tidak terus berharap bahawa Abu akan jadi penyelamat jiwa dari aku terus mengingati anak makcik unknown. Abu pergi untuk selamanya. Sudah hukum alam, yang punya nyawa akan dipulangkan pada tuhannya. Abu sudah selesai, semoga bahagia disisi tuhan yang Maha Kekal.


Untuk satu ketika, aku berharap dan berdoa pada tuhan agar ditarik semula semua ingatan aku. Reset. Tapi semua tu tak mungkin. Memang tak mungkin. Kalau tuhan beri aku satu memori baru yang bakal menyusahkan keluarga aku untuk ingatkan aku semula tentang mereka, buat apa? Lama-lama ingat juga sesuatu yang tak nak diingat tu (ape aku cakap ni?). Seriously, aku rasa nak berdepan dengan anak makcik unknown. Setiap tahun aku akan jumpa dengan dia. Mungkin dia kawan baik mama. Aku masih tak pasti, apa hubungan makcik tu dengan mama. Umur aku dah 22, masih tak tahu siapa dia. Biar lah. Bukan masuk periksa pun.

bukan mudah. hidup bukan mudah. sumpah.

written by, 
AMY

#15 : Update...! Update....!

hari ni mesej warning yang ketiga dari encik blogger hebat suruh aku update blog aku.. malang nya aku belum ada idea dan masa untuk mengadap laptop lama-lama..sebab cermin mata aku rosak.. sob-sob.. ='(

#14 : Resepi Tenang Diri Kiriman Nabi =)

Ayat mudah : tak sadar dek untong! haha


Bila baca quotes ni, banyak benda yang aku fikir. 
Oh ya, macam biasa, sumber dari Encik Facebook. Hehe. 

benda simple yang aku teringat masa aku tengok movie SANG MURABBI (best okay citer nih!)
nabi pesan pada kita,

2 Perkara yang kita kena lupakan:

1. Kebaikan yang kita buat pada orang lain
2. Keburukan yang orang buat pada kita


try it!
insyaAllah tak serabot-serabot kepala dah.
mungkin kata orang kedah,
"biaq pi la depa nak kata apa, Allah dalam hati aku, aku buat semua benda untuk redha Allah saja
sebab aku cinta Dia untuk segalaNya"

cool!


let's be cool. cool muslims =)

Amy's Story

Lima Tahun, Apa Tahu?

Petang tu hujan lebat, guruh manja-manja bunyinya. Alhamdulillah. Takde lah takut sangat. Aku di rumah kawan mak. Mungkin. Mungkin dia kawan mak. Tapi masa tu, jauh. Tandas jauh. Biasa lah rumah lama, tandas semua nak letak kat luar kalau boleh. Aku tarik kakak aku teman aku ke tandas. "Nak wiwi..." ujar ku. Kakak terus tarik aku ke tandas. Mungkin malas nak banyak bunyi dengan adiknya yang baru lima tahun, apa tahu?
Mungkin malas.

Selesai apa yang patut, aku gembira dah boleh sambung main di ruang tamu dengan Ash, adik lelaki aku. Dalam aku tersengih sengih nak fikir nak main apa kat depan, aku ternampak sorang budak lelaki. Betul-betul pandang aku. Aku pandang dia balik. "Comel, mungkin anak makcik tu." detik hati yang pertama. Lima tahun, apa tahu?
Mungkin dia kawan baru.

Dan berakhirnya aku dari umur lima tahun itu aku berharap agar budak lelaki itu tak ikut turut serta untuk berada dalam kepala aku tapi malangnya, masih ada. Mungkin jalan terbaik adalah cuba untuk mengenali budak lelaki ini siapa dan apa yang dia buat dalam kepala aku. Semak kepala, sempit dada setiap kali dia muncul dalam kepala. Lima tahun, apa tahu?
Mungkin dia nak buat kawan.

Umur enam tahun, tujuh tahun, lapan tahun, hingga sepuluh tahun. Masih fikirkan perkara yang sama. Aku tak pernah cakap benda ni dengan emak, takut benda ni terlalu pelik dan tak boleh diterima akal. Sedang kan aku pun tak boleh terima inikan pula emak, "Lima tahun, apa tahu?"
Mungkin anakku dah pandai berkawan.


bukan mudah, hidup bukan mudah. Sumpah.
written by, 
AMY



#13 : Mengarut

Mula berfikir tentang post post yang lebih mengarut untuk masa akan datang!

#12 : I'm Alive.......!! Again.

Assalamualaikum & Good Morning..again.

Alhamdulillah, hidup lagi hari ni. \^o^/. Facebook! Honestly, aku pun gila jugak dengan benda tu. Hehe. Ada page sorang ustaz ni cakap la,
"Kenapa Allah bagi kita peluang untuk hidup lagi? Walaupun hari semalamnya kita belum lagi menjadi seorang muslim yang baik, yang memenuhi ciri individu yang disayangi Allah? Sebab Allah memang sayang pad akita dan beri kita peluang untuk perbetulkan hidup kita! He wants to see us in Jannah!
Haa.... name mudahnye, PELUANG! kalau dah 22 tahun hidup.. kire lah bape hari dah peluang Allah bagi,. Tu tak campur mati sementara (tidur) yang selalu buat dalam kelas, dalam kelas..pastu yang kat dalam kelas tu.. erk? hehe!

Renung2kan dan Mari Beramal!!! ^___________^