Buscar

Page

#1 : Assalamualaikum!

Waalaikumsalam..

Hehe, sendiri tulis sendiri jawab. Ye lah, blog baru buka, sapa yang nak baca. Orang tak tahu pun. Unless nanti kalau power bijak sikit..sikit la.. dari kak Hanis Zalikha boleh la bagi salam panjang lebar readers jawabkan.. ^_^

Untuk permulaan, honestly memang tak tau nak kata apa sebab ni bukan lah blog pertama acik. Ini dah yang ke berapa puluh dah sebenaqnya, cuma kali ini rasa nak jadi lebih siriyes dan fokus. Acik suka bercakap, bercerita, tapi nak tulis jadi ayat-ayat gaya Pak Samad memang berdarah laa mata orang yang baca.. Hehe! Nuffnang pun silap hari bulan tak kasi Acik daftar.. (woohoo, jauh dah tu Acik.. jauh dah..)

Acik berblog bukan untuk dapatkan duit dari nuffnang, jauh lagi nakkan perhatian mata dunia mahupun Malaysia mengenai karangan aku yang sedikit *TET* ni. Cuma kebelakangan ni Acik mula menanam minat untuk membaca, buka minda luas-luas.. bersih-bersih.. (erk? ^_^ ) Too many things to share. 

Biarpun blog ni takda sapa yang nak baca, biar lah ia menjadi kertas contengan Acik dikala Acik mahu main conteng-conteng.

...
......
.........
..
(=_=)?

Yeay..dah mengarut. Masa untuk buat ayat penutup.. (@_@)

..total satisfied..

Ikan puyu takda duri, 
Lain kali Acik post lagi..


Acik kata ; Babai!

0 comments:

Post a Comment